BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 28, 2011

Kesalahan hukumannya sepi?

        SEPI.

Apakah maksudnya?
Menunggu bukan cara yang terbaik tetapi sabar kiranya...

Buntu ketika tiada yang bersuara...
Namun, sebab dan musabab menjadi bicara..
Bolehkah anda berkata-kata?
Kerana masa tidak menunggu kita..

Biar kaki yang membawa kita berjumpa..
Menjadi saksi kita bertentang mata..
Hati bagai hilang rasa..
Ingin jawapan segala tanya-tanya...



maaf..
ungkapan indah jika kesalahan bermaharajalela...


 Kalau baca, jangan lupa tinggal kata.

 

Friday, June 17, 2011

Hati.

               Tiada siapa yang tahu rasa hati orang lain. 
                                                       Hati ini  unik. 
                                 Hati sentiasa bermain dengan perasaan. 

Perasaan yang terlakar dalam hati tidak mudah diungkapkan.
Suka , Marah, Benci , Rindu , Gembira , Sedih & Duka...

" Everyone deserve a second chance" Kerana apa?

Hati?


Kerana hati manusia yang selalu membuat keputusan. Akal yang ada dibuang ke tempat lain.
Salah siapa? Bukan Hati!!!
Hati tidak bersalah...tetapi manusia yang tidak menggunakan akal.

Sebagai seorang pelajar, diri akan sentiasa dalam keadaan yang kurang terurus.Bukan kerana tidak mempunyai jadual peribadi tetapi terlalu banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan. Tanpa kita sedari ada pula beberapa kerja yang tertinggal sekali gus tidak disiapkan. Memang salah pelajar kerana tidak memeriksa semula kerja sekolah masing-masing tetapi layak atau tidak untuk di marahi?
Sesungguhnya pelajar ini seorang yang innocent tetapi kerana kelaziman pelajar-pelajar lain yang hanya memberi alasan kosong apabila tidak menyempurnakan tugasan, dia dianggap seolah-olah sama dengan pelajar lain.

Berubahlah ke arah kebaikan. Berat di hati memusnahkan diri. =_=

Kalau baca, jangan lupa tinggal kata.

Saturday, June 11, 2011

Dilema?

Yes..Betul...Semalam dan hari ini penuh dengan dilema.
Dilema?
Dilema lebih kurang macam serba salah la kiranya..Keadaan di mana terasa jika buat, tak patut, apabila tak buat kesian. Jadi, kita perlu buat satu keputusan drastik apabila keadaan mendesak.
Bila difikirkan kembali, baru lar tahu jalan penyelesaiannya.

Dalam sehari macam2 boleh jadi....Pertama berselisih faham dengan rakan dari sekolah lain hanya kerana masalah kecil. Masalah ini timbul kerana merasakan dirinya menggangu saya apabila onlne. Rasa-rasanya kalau diberitahu beribu kali pun ,dia masih tidak memahami..Apakan daya..
*serupa macam tak nak berkawan lagi la tu..

Kedua..
Dilema kerana tidak memberi kerja kursus kepada rakan. Terhutang budi yu memang ade rasanya apabila dirinya telah menyelamatkan keadaan dengan memberi contoh kerja kursus..tetapi tujuan sebenar saya hanya untuk membuat rujukan. Saya faham masa tidak menunggu kita tapi mesti ada jalan penyelesaiannya selain daripada copy paste...Pelawaan untuk memberi sedikit kerja saya di harap dapat diterima.


Buat yang terasa hati, saya mohon maaf sangat2......


maaf dari saya  




Sudah baca, jangan lupa tinggal kata.
Assalamualaikum..

Thursday, June 9, 2011

ERTI SAHABAT

Sahabat datangnya daripada seorang kawan...sahabat merupakan individu yang rapat dengan kita lebih dari seorang kawan...

tapi....
untuk dapat sahabat yang betul2 hidup dengan kita senang atau susah memang payah untuk dicari..zaman sekarang semua merasakan bahawa kawan2 hanya sebagai orang yang akan datang dan pergi..SALAH!!!

Mengapa kita mesti menghukum seseorang tanpa kita kenal dengan diri mereka sedangkan diri kita juga alpa dengan kemewahan diri...?

Akibatnya....
kawan2 menjadi mangsa keadaan....
kalau lah ada orang yang sanggup berkorban apa jua demi sahabat tanpa mengabaikan hubungan mereka dengan keluarga , memang lah dia seorang SAHABAT.

Soal tentang ni senang sahaja...kalau nak tahu dia seorang sahabat atau hanya seorang kawan..lihat masa kita susah..

Dan...
Jangan lupa..dan ingat....sekali kita buat jahat...manusia akan ingat selama-lamanya...

wptyo-untukmu sahabatku (lagu baru).wmv

Wednesday, June 8, 2011

Tak faham keadaan?

Kadang2 kita tak boleh nak buat semua orang terima apa yang kita rasa...pendapat orang lain2....Sebenarnya diri kita yang buat kita rasa keadaan tu pelik (betul ke ayat ni).

Contohnya...

Bila kata PENAT.....errmm...folio akaun..solaf akaun yang x siap2 tu...rasa stres juga laa..tapi tu mungkin tangga kepada kejayaan....
Tapi bila pergi kelas...rasa nak marah semua orang..padahal cikgu ngan kawan x buat salah pon...mungkin terbawa2 stres yang tak tentu hala kut....

Buat yang membaca blog nih....
Kalau baca, jangan lupa tinggal kata.

Burung yang nampak bebas pun mungkin ade masalahnya sendiri.
Saya harap ada yang nak berkongsi cerita ye....=)

Monday, June 6, 2011

Cuti ~

whoaha!!  hari2 penuh dengan debaran untuk spm tapi kerja sekolah kena lar siap dulu...

      *fuhh..cuti sekolah ni bagaikan satu hari walaupun 2 minggu...minggu pertama dah habis...

Ni nak story sikit la..kadang2 laman2 sosial tu ada baik ada buruknya..kenapa??
Sebab dapat ramai kawan dan boleh share pendapat....tapi buruknya sendiri boleh fikir...=P


Thanks to Hlovate sebab published buku baru Contengan Jalanan...

Setakat ni tengah baca sekerat...bahagian Fend tu...memang terbaik!!!

Story sentiasa buat rasa nak baca lagi....so..kalau cuti ni x tau nak buat ape2..baca lar buku nih..sekurang2 nya dapat relax sikit ye....wokeh2... 

I-FEND

11-K2
The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.