Just stay and bear it or leave and forget it. Your choice.
Friday, February 27, 2015
Gundah Gulana.
Just stay and bear it or leave and forget it. Your choice.
Posted by Are Ena at 8:15 AM 0 comments
Thursday, March 21, 2013
#2, 2013
Maaf Jika Kata-Kata Ini Menyakitkan.
Setiap orang yang lahir di dunia ini punyai masalah berbeza. Masalah yang kadangkala terpendam dalam hati dan ada juga yang terpalit pada air mata. Hanya sekadar satu penipuan jika seseorang mengatakan dia tidak mempunyai masalah.Namun, apabila melihat dari segi bebanan masalah seseorang itu berlainan antara satu sama lain. ' Sharing is Caring '.
Betul pepatah Inggeris itu tapi 'sharing' sesuatu (bukan masalah. Contoh : Kegembiraan, Keterujaan dalam hidup) itu dengan orang yang bermasalah mungkin bukan satu jalan yang betul kerana
1. Masalah yang seseorang itu tanggung memerlukan masa untuk diselesaikan.
2. Jika sesuatu cerita hidup yang ingin diceritakan itu mengambil masa yang agak lama, maaf.. anda telah menambahkan beban orang yang bermasalah itu kerana masa yang baginya 'emas' telah diambil oleh anda.
3. Orang bermasalah itu ingin juga berkongsi masalah. Oleh itu, jika anda ingin ceritakan kisah gembira hidup anda, cuba ambil masa anda untuk dengar masalahnya. Apabila kita mendengar masalah orang lain, cuba jadi pendengar yang baik. Orang yang mempunyai masalah sebenarnya bukan inginkan nasihat anda , tapi inginkan sedikit rasa simpati anda. Jangan pula anda tambahkan rasa hibanya dengan menambah rasa bersalah dalam dirinya.
Contoh :
Masalah ditanggung oleh A . A telah menyinggung perasaan B. A rasa bersalah dan ingin meminta maaf terhadap B. Dalam masa yang sama A berkongsi masalahnya dengan C. Setelah C mendengar cerita A, C menyatakan bahawa perbuatan A ini tidak wajar dan A tidak sepatutnya buat begitu serta menyatakan A ini tidak berfikir sebelum berkata-kata. Kenyataan C " A tidak berfikir sebelum berkata-kata" itu bukanlah satu kenyataan yang bernas kerana apa yang A inginkan ialah dengar. dengar dan dengar. C patut memberi dorongan kepada A untuk meminta maaf terhadap B , bukanlah menyatakan kelemahan A.
Manusia cukup sensitif terhadap kata-kata yang diungkapkankan oleh orang lain terhadap dirinya. Kita perlu lebih peka terhadap keadaan sekeliling. Tatkala ada yang menyatakan kelemahan diri kita dengan niat agar orang itu akan menjadi orang yang lebih baik itu rasa-rasanya salah. Sesetengah orang lebih sukakan rakan-rakan disekeliling mengkritik dirinya secara terang-terangan dan ada juga yang tidak. Jika dia lebih suka dan inginkan orang di sekitarnya jujur dengan apa-apa jua kelemahan dirinya tidak bermaksud dia inginkan kritikan tersebut pada setiap masa.
Manusia, Manusia, Manusia,
Ingatlah, bukan semua yang kita ungkapkan benar. Jangan kata anda sahaja yang berada di jalan yang benar dan dalam masa yang lain anda menolak pandangan orang lain. Setiap pandangan orang adalah sesuatu yang subjektif. Bezakan antara subjektif dan objektif.
Contoh : Perbualan Adi & Adu
Adi : Aku tak rasa macam aku larat nak belajar malam ni. Aku rasa sebab aku banyak
bersukan kot pagi tadi.Penat !!
Adu: Eh , bukan lah sebab bersukan. Kalau kau bersukan tak akan ada kesan apa-apa pada
badan. Kau rasa penat sebab kau dah lama tak buat senaman. Bila lama kau tak buat
senaman kau, otot-otot kau akan function lebih lagi..
Adi : Yelar sebab tu la aku kata sebab aku bersukan yang buat badan aku jadi penat..haish..
Adu: Tak..Bukan tu sebabnya.. Sebab lama kau tak bersukan.. Kalau kau selalu bersukan,
kau tak akan rasa penat.
Adi : (Dalam Hati : sekarang ni siapa yang bersukan? =_=)
# Maaf jika kata-kata ini menyakitkan tapi sekadar ingin meluahkan segala yang terbuku dihati. Kalau diluahkan pada orang lain, siapa yang ingin dengar sebab semua orang juga ada masalah.
# Tak mudah untuk jaga hati orang lain tapi mulia jika kita cuba jaga hati dan perasaan orang lain.
Sekian.
*Kalau baca, jangan lupa tinggal kata.
Posted by Are Ena at 9:46 PM 0 comments
Monday, December 31, 2012
The Memorable Start Of 2013.
Saya dah besar !!
Posted by Are Ena at 10:44 AM 0 comments
Saturday, December 24, 2011
ungkapan o
Setiap manusia mempunyai hati yang kadang-kadang berjiwa lembut dan ada yang berjiwa keras iaitu yang sanggup menerima segala ungkapan o dengan hati yang terbuka. Walau bagaimanapun, pernah tidak kita fikir tentang orang yang berjiwa lembut atau senang dikatakan sebagai sensitif?
Posted by Are Ena at 6:07 AM 0 comments
Tuesday, June 28, 2011
Kesalahan hukumannya sepi?
Menunggu bukan cara yang terbaik tetapi sabar kiranya...
Buntu ketika tiada yang bersuara...
Namun, sebab dan musabab menjadi bicara..
Bolehkah anda berkata-kata?
Kerana masa tidak menunggu kita..
Biar kaki yang membawa kita berjumpa..
Menjadi saksi kita bertentang mata..
Hati bagai hilang rasa..
Ingin jawapan segala tanya-tanya...
Posted by Are Ena at 8:57 AM 0 comments
Friday, June 17, 2011
Hati.
Hati? |
Posted by Are Ena at 8:10 AM 0 comments
Saturday, June 11, 2011
Dilema?
Yes..Betul...Semalam dan hari ini penuh dengan dilema.
Dilema?
Dilema lebih kurang macam serba salah la kiranya..Keadaan di mana terasa jika buat, tak patut, apabila tak buat kesian. Jadi, kita perlu buat satu keputusan drastik apabila keadaan mendesak.
Bila difikirkan kembali, baru lar tahu jalan penyelesaiannya.
Dalam sehari macam2 boleh jadi....Pertama berselisih faham dengan rakan dari sekolah lain hanya kerana masalah kecil. Masalah ini timbul kerana merasakan dirinya menggangu saya apabila onlne. Rasa-rasanya kalau diberitahu beribu kali pun ,dia masih tidak memahami..Apakan daya..
*serupa macam tak nak berkawan lagi la tu..
Kedua..
Dilema kerana tidak memberi kerja kursus kepada rakan. Terhutang budi yu memang ade rasanya apabila dirinya telah menyelamatkan keadaan dengan memberi contoh kerja kursus..tetapi tujuan sebenar saya hanya untuk membuat rujukan. Saya faham masa tidak menunggu kita tapi mesti ada jalan penyelesaiannya selain daripada copy paste...Pelawaan untuk memberi sedikit kerja saya di harap dapat diterima.
Buat yang terasa hati, saya mohon maaf sangat2......
maaf dari saya |
Sudah baca, jangan lupa tinggal kata.
Assalamualaikum..
Posted by Are Ena at 3:24 AM 0 comments