BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 27, 2015

Gundah Gulana.

Kadang-kadang diri ini terfikir pandangan orang terhadap diriku. 

Puas mencari apa sebenarnya masalah diri ini. 

Bila bertemu sesuatu kebahagiaan seperti hilang perasaan negatif dalam diri dan cuba menjadi lebih baik. 

Namun semua itu hanya sementara. 

Setelah diri ini mengecapi kebahagiaan, pasti datang rintangan. 

Lemah. Lemah. Lemah.

Usaha itu suatu yang patut dilakukan untuk memperbaiki segala kesilapan yang dibuat. 

Masih Lemah. Jadi bagaimana ? 

Hanya mampu mengatakan pada diri ikut situasi semasa.

Gundah gulana pada mulanya reda di tengah jalan tetapi baru perasan bahawa orang-orang disekeliling menghimpit jiwa. 

Datang segerombolan kata-kata yang buatku jadi lebih rendah dari ketinggianku. 

Sudah itu daku hanya bermasam muka. Jika dilawan maka hanya meninggalkan kesan panahan pada hati. Jadi baik diam. 

Jangan dikau jadikan kelemahanku sebagai sandaran perlianmu. 

Dikau jawab soalanku, siapa yang menyuruhmu lakukan semua?

Just stay and bear it or leave and forget it. Your choice.