BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 21, 2013

#2, 2013

Maaf Jika Kata-Kata Ini Menyakitkan.

Setiap orang yang lahir di dunia ini punyai masalah berbeza. Masalah yang kadangkala terpendam dalam hati dan ada juga yang terpalit pada air mata. Hanya sekadar satu penipuan jika seseorang mengatakan dia tidak mempunyai masalah. 
Namun, apabila melihat dari segi bebanan masalah seseorang itu berlainan antara satu sama lain. ' Sharing is Caring '.
Betul pepatah Inggeris itu tapi 'sharing' sesuatu (bukan masalah. Contoh : Kegembiraan, Keterujaan dalam hidup) itu dengan orang yang bermasalah mungkin bukan satu jalan yang betul kerana 

1. Masalah yang seseorang itu tanggung memerlukan masa untuk diselesaikan.
2. Jika sesuatu cerita hidup yang ingin diceritakan itu mengambil masa yang agak lama, maaf.. anda telah menambahkan beban orang yang bermasalah itu kerana masa yang baginya 'emas' telah diambil oleh anda. 
3. Orang bermasalah itu ingin juga berkongsi masalah. Oleh itu, jika anda ingin ceritakan kisah gembira hidup anda, cuba ambil masa anda untuk dengar masalahnya. Apabila kita mendengar masalah orang lain, cuba jadi pendengar yang baik. Orang yang mempunyai masalah sebenarnya bukan inginkan nasihat anda , tapi inginkan sedikit rasa simpati anda. Jangan pula anda tambahkan rasa hibanya dengan menambah rasa bersalah dalam dirinya. 

Contoh : 
Masalah ditanggung oleh A . A telah menyinggung perasaan B. A rasa bersalah dan ingin meminta maaf terhadap B. Dalam masa yang sama A berkongsi masalahnya dengan C. Setelah C mendengar cerita A, C menyatakan bahawa perbuatan A ini tidak wajar dan A tidak sepatutnya buat begitu serta menyatakan A ini tidak berfikir sebelum berkata-kata. Kenyataan C " A tidak berfikir sebelum berkata-kata" itu bukanlah satu kenyataan yang bernas kerana apa yang A inginkan ialah dengar. dengar dan dengar. C patut memberi dorongan kepada A untuk meminta maaf terhadap B , bukanlah menyatakan kelemahan A.

Manusia cukup sensitif terhadap kata-kata yang diungkapkankan oleh orang lain terhadap dirinya. Kita perlu lebih peka terhadap keadaan sekeliling. Tatkala ada yang menyatakan kelemahan diri kita dengan niat agar orang itu akan menjadi orang yang lebih baik itu rasa-rasanya salah. Sesetengah orang lebih sukakan rakan-rakan disekeliling mengkritik dirinya secara terang-terangan dan ada juga yang tidak. Jika dia lebih suka dan inginkan orang di sekitarnya jujur dengan apa-apa jua kelemahan dirinya tidak bermaksud dia inginkan kritikan tersebut pada setiap masa. 
Manusia, Manusia, Manusia,
Ingatlah, bukan semua yang kita ungkapkan benar. Jangan kata anda sahaja yang berada di jalan yang benar dan dalam masa yang lain anda menolak pandangan orang lain. Setiap pandangan orang adalah sesuatu yang subjektif. Bezakan antara subjektif dan objektif. 
Contoh : Perbualan Adi & Adu
Adi : Aku tak rasa macam aku larat nak belajar malam ni. Aku rasa sebab aku banyak 
        bersukan kot pagi tadi.Penat !!
Adu: Eh , bukan lah sebab bersukan. Kalau kau bersukan tak akan ada kesan apa-apa pada 
        badan. Kau rasa penat sebab kau dah lama tak buat senaman. Bila lama kau tak buat 
        senaman kau, otot-otot kau akan function lebih lagi.. 
Adi : Yelar sebab tu la aku kata sebab aku bersukan yang buat badan aku jadi penat..haish..
Adu: Tak..Bukan tu sebabnya.. Sebab lama kau tak bersukan.. Kalau kau selalu bersukan,    
         kau tak akan rasa penat.
Adi : (Dalam Hati : sekarang ni siapa yang bersukan? =_=)

# Maaf jika kata-kata ini menyakitkan tapi sekadar ingin meluahkan segala yang terbuku dihati. Kalau diluahkan pada orang lain, siapa yang ingin dengar sebab semua orang juga ada masalah. 
# Tak mudah untuk jaga hati orang lain tapi mulia jika kita cuba jaga hati dan perasaan orang lain.
 Sekian.

*Kalau baca, jangan lupa tinggal kata.